SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 95

63
Manakala rukun haji hendaklah dilaksanakan
apabila berkesempatan pergi ke Tanah Suci Makkah
al-Mukarramah. Sebagai contoh :
1. Sekiranya dia belum Tahallul Awwal, hendaklah
ia memakai ihram dari Miqat Makani negerinya
atau di Bir Ali sekiranya ia menziarahi Madinah
terlebih dahulu. Apabila tiba di Tanah Suci
Makkah, tunaikan kerja-kerja haji iaitu Tawaf
Ifadhah dan Sa’ie (jika belum), bergunting atau
bercukur dan laksanakan Dam Tertib & Taqdir
atas perkara meninggalkan melontar al-Jamrah
al-Kubra pada 10 Zulhijjah yang telah berlalu.
Dengan perlaksanaan ketiga-tiga perkara di
atas, maka terhasillah Tahallul Thani dan sah
hajinya sekalipunmasih adaDamTertib&Taqdir
yang belum dilaksanakan kerana meninggalkan
2. Sekiranya dia telah Tahallul Awwal (iaitu dengan
melontar al-Jamrah al-Kubra dan bergunting
atau bercukur) dan telah melaksanakan
segala wajib haji yang lain, maka apabila
berkemampuan pergi ke Tanah Suci Makkah,
hendaklah ia melaksanakan Tawaf Ifadhah
dan Sa’ie (jika belum) apabila tiba di Makkah.
wajib haji yang lain seperti Mabit di Mina dan
sebagainya.
Ia tidak perlu berniat ihram haji dan tanpa
memakai pakaian ihram.
Nota
:
1. Sekiranya pelaksanaan Umrah Sunat (Tatawwu’) (kali kedua dan
seterusnya) atau Haji Sunat (Tatawwu’) (kali kedua dan
seterusnya) yang tidak dapat disempurnakan rukun kerana
halangan memadai dengan melaksanakan Tahallul Ihsar untuk
bebaskan diri dari larangan Ihram. Maka jemaah tidak perlu ke
Tanah Suci semula untuk menyempurnakan Ibadat Umrah Sunat
atau Haji Sunat yang belum sempurna tersebut memadai dengan
Tahllul Ihsar dan bebas dari semua larangan Ihram.
2. Sekiranya Haji atau Umrah Fardhu /Nazar maka wajib
menyelesaikan baki rukun yang belum selesai dengan ke Tanah
Suci semula walaupun telah bertahallu Ihsar.
1...,85,86,87,88,89,90,91,92,93,94 96,97,98,99,100,101,102,103,104,105,...256
Powered by FlippingBook