SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 94

62
21.33
Soalan:
Bagaimanakah cara pelaksanaan Tahallul Ihsar dan cara
penyempurnaan Haji yang masih belum selesai mengikut
Jawapan:
A. Cara Pelaksanaan Tahallul Ihsar:
Jemaah haji yang terhalang daripada meneruskan
amalan hajinya atas sebab-sebab yang diperakui
oleh syara, harus baginya membebaskan diri dari
ikatan Ihram dan larangan Ihram dengan Tahallul
Ihsar iaitu melaksanakan Dam Ihsar (Dam Tertib &
Ta’dil).
Justeru, hendaklah jemaah haji tersebut melakukan
perkara-perkara berikut secara tertib:
1. Menyembelih seekor kambing di tempat
beliau terhalang atau di tempat yang
mustahil baginya untuk kembali ke Makkah,
kemudian.
2. Menggunting rambut sekurang-kurangnya
3 helai atau bercukur dengan niat Tahallul
Ihsar.
B. Cara Penyempurnaan Haji:
Jemaah yang melakukan Tahallul Ihsar sedangkan
masih ada kerja-kerja haji yang belum dilaksanakan
samada bersifat rukun (kecuali Wuquf) atau
wajibnya, bolehlah hajinya itu disempurnakan
seperti berikut:
Segala wajib haji yang tidak dilaksanakan
hendaklah digantikan dengan Dam Tertib & Taqdir
mengikut syarat-syaratnya kerana telah luput
tempoh waktunya.
1...,84,85,86,87,88,89,90,91,92,93 95,96,97,98,99,100,101,102,103,104,...256
Powered by FlippingBook