SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 85

53
21.14
Soalan:
Seorang perempuan melahirkan anak di Madinah.
Lazimnya ia bertolak ke Makkah sebelum suci daripada
nifas. Bagaimana ia melakukan Umrah dan Ihram Haji?
Jawapan:
Jikaiadatangdenganpenerbanganawal,iadinasihatkan
supaya membuat Umrah dahulu walaupun ia masih di
dalam nifas kerana nifas tidak menghalang seseorang
perempuan berniat Ihram. Apabila sampai di Makkah,
bolehlah ia melakukan kerja-kerja Umrahnya setelah
suci dari nifasnya. Tetapi jika belum suci hingga sampai
hari bertolak ke Arafah maka hendaklah ia berniat
Ihram Haji. Dengan ini jadilah Hajinya Haji Qiran dan
dikenakan Dam menurut syarat-syaratnya.
Jika ia datang dengan penerbangan akhir maka ia
dinasihatkan supaya berniat IhramHaji. Setelah sampai
di Makkah ia tidak boleh membuat Tawaf Qudum kerana
belum suci lagi. Apabila sampai hari bertolak ke Arafah
ia tidak perlu lagi berniat atau membaharui niat. la terus
sahaja
kerja-kerja hajinya.
ke Arafah, Muzdalifah dan Mina bagi membuat
1...,75,76,77,78,79,80,81,82,83,84 86,87,88,89,90,91,92,93,94,95,...256
Powered by FlippingBook