SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 82

50
21.11
Soalan:
Apakah hukumnya jemaah Haji yang menaiki kapal terbang
berniat Ihram Haji atau Umrah dari Lapangan Terbang
Antarabangsa King Abd. Aziz Jeddah kerana jaraknya ke
Makkah lebih dari dua marhalah (lebih dari 91 km)?
Jawapan:
Orang yang menaiki kapal terbang biasanya ia melalui
mana-mana Miqat seperti Qarnul Manazil, Juhfah
dan Zulhulaifah, maka wajib ia berniat di Miqat yang
dilaluinya.
Selain dari itu Kerajaan Arab Saudi juga telah
mengeluarkanarahandanmemberitahubahawaJeddah
bukan tempat Miqat sama ada dari kapal laut atau kapal
udara. Hukum Ihramnya adalah sah. Dikenakan Dam
Tertib dan Taqdir. Berdosa sekiranya disengajakan.
JEDDAH BUKANNYA TEMPAT MIQAT BAGI IHRAM
“Satu arahan tertinggi telah dikeluarkan supaya tidak
menjadikan Jeddah sebagai Miqat untuk berihram bagi
mereka yang menaiki kapal udara atau kapal laut sebagai
menyokong fatwa yang telah dikeluarkan oleh Lembaga
Tertinggi Ulama-Ulama dan Sahibus Samahah Ketua
Besar, Pejabat Fatwa, Bimbingan dan Penyelidikan llmiyah
Kerajaan Arab Saudi yang menegaskan bahawa Miqat
bagi Ihram adalah seperti yang sudah diketahui” Petikan
Akhbar al-Alam al-lslamy bertarikh 2 Rab’i Thani 1400H
bersamaan 18 Februari 1980.
1...,72,73,74,75,76,77,78,79,80,81 83,84,85,86,87,88,89,90,91,92,...256
Powered by FlippingBook