44
20.5
Soalan:
Jemaah Haji didatangi haid selama 5 hari 5 malam dan
selepas bersuci ia telah membuat Umrah dan semasa
mengerjakan Sa’ie selepas 3 kali pusingan terdapat sedikit
darah. Bagaimana hukum Umrahnya?
Jawapan:
20.6
Soalan:
Seorang jemaah Haji perempuan mengerjakan Umrah.
Semasa Tawaf pusingan ketiga terasa keluar sesuatu dari
farajnya, ia terus Tawaf sehingga selesai. Setelah selesai
ia telah mengenal pasti yang keluar itu adalah darah
haid, kemudian ia Sa’ie dan Bergunting. Apakah hukum
Umrahnya?
Jawapan:
Umrahnya tidak sah kerana Tawafnya tidak sah. la
dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir kerana Bergunting
sebelum sempurna rukun-rukun Umrah (belum
sampai masanya). Oleh itu apabila ia telah suci
daripada haid dan mandi hadas besar, ia dikehendaki
menyempurnakan Tawafnya diikuti dengan Sa’ie dan
Bergunting untuk Tahallul Umrahnya.
20.7
Soalan:
Pada kebiasaannya perempuan yang mengandung
tidak turun darah, tetapi turun juga darah dan mengikut
pemeriksaan doktor, darah itu turun bukan dari rahimnya,
tetapi dari tembuni yang terkoyak sedikit atau bocor, apakah
jenis darah yang keluar itu?
Situasi 1:Jika jemaah itu kesuntukan masa maka dia
boleh menggunakan tempoh fatrah an naqa. Sah tawaf
dan Sa’ie.
Situasi 2: Jika sekiranya jemaah itu masih mempunyai
masa yang lama berada di Makkah, maka dia hendak-
lah menunggu hingga tempoh maksimum haid iaitu 15
hari/malam.