54
21.15
Soalan:
Jemaah Haji sudah berada di Makkah kemudian membuat
Umrah tanpa keluar berniat di Miqat Makani, adakah sah
Umrahnya?
Jawapan:
Umrahnya sah tetapi berdosa jika sengaja dan
dikenakan Dam Tertib dan Taqdir.
Rujuk: Kitab Matan al-ldhah muka surat 129 & 130
21.16
Soalan:
Saya mula berniat Sa’ie sebelum masuk pintu masjid,
adakah ini sah atau wajib saya ulangi semula?
Jawapan:
Sa’ie itu sah, kerana Sa’ie Umrah dan Haji tidak wajib
berniat, niat padanya adalah sunat sahaja.
21.17
Soalan:
Jemaah Haji ketika hampir masa untuk Wuquf di Arafah ia
telah ke Tan’im dan berniat Ihram Umrah di sana. Sesudah
Setelah balik ke Makkah jika sudah suci maka bolehlah
ia melakukan Tawaf dan Sa’ie tetapi jika belum suci
dan tarikh penerbangan balik telah pun sampai maka
ia hendaklah berikhtiar meminta kebenaran dari pihak
Tabung Haji untuk dilewatkan tarikh penerbangan,
tetapi jika ia terpaksa balik kerana mengikut
kumpulannya sedangkan ia tidak berdaya untuk balik
semula ke Makkah maka hendaklah ia membuat
Tahallul Ihsar dengan menyembelih kambing dan
bergunting dengan niat tahallul, walau demikian
Hajinya
belum
sempurna
dan
ia
wajib
menyempurnakan rukun yang belum dibuatnya iaitu
Tawaf dan Sa’ie di masa-masa akan datang.