SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 89

57
semula ke Makkah setelah suci dari haid dan mandi
hadas untuk menyempurnakan amalan Umrahnya iaitu
Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.
21.23
Soalan:
Jemaah Haji yang hendak ke Madinah atau seumpamanya,
tiba-tiba di pertengahan jalan ia jatuh sakit, terpaksa dirawat
di Hospital Aziziah atau seumpamanya di Makkah, maka
apakah hukumnya, adakah ia wajib berihram dan jika ia
berihram adakah dikenakan Dam?
Jawapan:
Hukumnya apabila dibawa masuk ke Makkah tiada
wajib berihram di Miqat dan jika ia berihram selepas
Miqat seperti di Jeddah, maka tiada wajib Dam kerana
ia semasa melalui Miqat tiada bermaksud hendak
berihram Haji atau Umrah, bahkan tujuannya hendak
ke Madinah untuk Ziarah. Miqat orang yang tiada
maksud berihram, tiba-tiba manakala sampai di satu
tempat selepas Miqat ia teringat hendak berihram,
maka Miqatnya ialah tempat di mana ia teringat hendak
berihram dan tidak dikenakan Dam.
Rujuk:
1. Al-lfsah An Masailil Idhah, mukasurat 107 & 108
2. I’anatut Talibin mukasurat 304
3. Al-Fatawal Kubra juzu’ 2, mukasurat 81
4. al-Fiqhul Islami Wa Adillathu juzuk 3 mukasurat 70
21.24
Soalan:
Membawa anak yang belum baligh masuk ke Makkah
tanpa niat Ihram. Sampai di Makkah diniatkannya, adakah
sah Hajinya?
Jawapan:
Sah niat Hajinya tetapi dikenakan Dam kerana tidak
diniatkan Ihram di Miqat. Dam Tertib dan Taqdir.
1...,79,80,81,82,83,84,85,86,87,88 90,91,92,93,94,95,96,97,98,99,...256
Powered by FlippingBook