48
21.6
Soalan:
Seorang jemaah Haji lelaki semasa di rumahnya telah
memakai ihram diikuti dengan solat Sunat Ihram dan solat
ia diberitahu bahawa penerbangannya ditunda kepada
keesokan harinya. Lalu dia membuka pakaian Ihramnya
diganti dengan pakaian biasa. Apakah hukumnya?
Jawapan:
Sekiranya ia belum berniat Ihram selepas solat Sunat
Ihram di rumahnya itu hukumnya tidak mengapa,
tetapi jika ia telah berniat Ihram maka ia dikenakan
Dam Takhyir dan Taqdir sekiranya disengajakannya
menukarkan pakaian Ihramnya kepada pakaian biasa
itu.
21.7
Soalan:
Apakah hukum bagi seorang yang tidak berniat apa-apa
semasa melalui Miqat?
Jawapan:
Jika seseorang tidak berniat apa-apa semasa melalui
Miqat maka tidak ada apa-apalah baginya (tidak ada
Haji dan tidak ada Umrah). Sekiranya ia berniat Ihram
dan tidak ditentukan sama ada Ihram Haji atau Umrah
atau Qiran (kedua-duanya sekali) seperti ia berkata
di hatinya: “Sahaja aku berihram”,jika berlaku di
luar
bulan-bulan Haji maka jadilah niatnya itu Ihram
Umrah dan jika dalam bulan-bulan Haji terpulanglah
di atas kemahuannya samada Ihram Haji atau Umrah.
Penentuannya itu sama ada berihram Haji atau Umrah
boleh dibuat setelah ia melampaui Miqat. Penentuan
1. Mengikut al-Asah bagi Qaul Jadid tidak harus
disambung seperti puasa dan solat.
2. Mengikut Qaul Qadim, harus disambung.