41
19.12
Soalan:
Apakah hukumnya memakai kain ihram yang ada bau-
bauan di dalam masa Ihram?
Jawapan:
Dalam keadaan ini ada dua (2) pendapat:
1. Al-Asah
- dikenakan Dam
2. Muqabil al-Asah
- tidak dikenakan Dam kerana pada kebiasaannya
pakaian yang dipakai dan ditanggalkan. Perbuatan
tersebut satu kebiasaan.
Rujuk Kertas Kerja Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-23 di P.D.
N. Sembilan
19.13
Soalan:
Berapa lamakah masa yang dibolehkan untuk memakai
pakaian ihram selepas mandi sunat Ihram?
Jawapan:
Jemaah Haji disunatkan mandi sunat Ihram iaitu yang
disertai selepasnya memakai pakaian ihram, kerana
tujuan mandi adalah untuk membersihkan badan.
Walau bagaimanapun sekiranya jarak masa mandi,
dengan memakai pakaian ihram itu tidak begitu lama,
kira-kira tidak menjejaskan keadaan kebersihan badan
maka dibolehkan.
Rujuk Manasikul-Haj muka surat 146
19.14
Soalan:
Kes jemaah haji lelaki telah Ihram Umrah semasa di Bir
Ali dan setelah menaiki bas beliau berniat Ihram Haji pula.
Apabila tiba di Makkah beliau telah melakukan Tawaf,