1. PRA SYARAT PERMOHONAN |
|
1.1 |
Pendaftaran hanya pada tahun semasa kepada
warganegara Malaysia yang menetap di luar negara dan
mempunyai akaun simpanan (pendeposit) di Tabung Haji
(TH). |
|
|
|
|
1.2 |
Setiap pendeposit TH hanya boleh mempunyai
satu pendaftaran haji sahaja. Pendeposit yang telah membuat
pendaftaran haji semasa di Tanah Air, tidak perlu membuat
pendaftaran baru sebagai jemaah haji Malaysia dari luar negara.
Pendaftaran haji sedia ada akan digunapakai sebagai pendaftaran
dari luar negara.
|
|
|
|
|
1.3 |
Tarikh tutup permohonan pendaftaran adalah pada 20 Mac 2025 / 20 Ramadan 1446H. |
|
|
|
|
1.4 |
Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di luar negara
dan tidak pernah menunaikan haji melalui TH. |
|
1.5 |
Pemohon hendaklah mempunyai akaun simpanan di
TH dengan nilai simpanan seperti jadual di Para 2.1. |
|
1.6 |
Sebelum permohonan pendaftaran dibuat, pemohon hendaklah
terlebih dahulu mendapatkan penerangan dan penjelasan berkaitan Visa Haji,
daripada Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS) di negara tempat
tinggal pemohon (atau negara yang paling hampir), bagi mempastikan tidak
ada masalah bagi pihak Kedutaan mengeluarkan Visa Haji kepada pemohon.
Untuk makluman, terdapat negara-negara luar yang meluluskan permohonan
visa haji hanya kepada pemohon yang memegang pasport bertaraf
Diplomatik sahaja. Sebagai panduan asas, tuan/puan bolehlah
melayari laman web KBDRAS di http://www.mofa.gov.sa. |
|
1.7 |
Setiap pemohon berpeluang untuk menunaikan fardu haji
hanya sekali sahaja melalui TH
walaupun visa haji diperolehi dari luar negara.
Ini bermakna setelah kembali dari Tanah Suci, pemohon tidak boleh untuk mendaftar
haji semula dan akan dikira sebagai mempunyai kekerapan tunai haji. |
|
1.8 |
Mulai Musim Haji 1441H, bakal haji dari luar negara
adalah disyaratkan untuk menggunakan perkhidmatan
Pakej Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS)
atau Pakej Syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diluluskan oleh TH sahaja.
Ini bermakna tiada perkhidmatan haji secara Muassasah yang ditawarkan. |
|
|
Saya faham dan bersetuju dengan syarat-
syarat di atas. |
|
|
|
2. BAYARAN HAJI
|
|
2.1 |
Bagi tujuan pendaftaran haji, pemohon hendaklah mempunyai
simpanan dalam akaun TH seperti jadual berikut:- |
|
|
Bil. |
Perkara |
Jumlah (RM) |
2.1.1 |
Nilai simpanan minimum dalam akaun TH |
10.00 |
2.1.2 |
Bayaran Haji Jemaah dari Luar Negara (Pakej THTS/PJH) |
2,840.00 |
2.1.3 |
Jumlah Baki Minimum Akaun Simpanan TH |
2,850.00 |
|
|
2.2 |
Bayaran Haji Jemaah Haji dari Luar Negara (JHLN) seperti
di bil. 2.1.2 adalah untuk bayaran kepada TH sahaja.
Perbezaan harga yang ditawarkan oleh THTS/PJH yang dipilih,
perlulah dibayar sendiri oleh bakal haji secara terus kepada syarikat. |
|
2.3 |
Bakal haji adalah diwajibkan untuk mencukupkan
Bayaran Haji JHLN melalui cara berikut:- |
|
|
2.3.1 |
Simpanan melalui wang tunai, cek atau Bank Draft
bank tempatan, di Pejabat TH Cawangan atau; |
|
|
2.3.2 |
Melalui kaunter perkhidmatan rakan strategik TH yang dilantik oleh
TH (Rujuk
http://www.tabunghaji.gov.my). |
|
2.4 |
Bayaran yang dikenakan oleh TH adalah tidak termasuk
bayaran yang dikenakan oleh UNITED AGENTS.
Pemohon hendaklah menyediakan wang yang secukupnya untuk bayaran yang berkenaan sekiranya diminta.
|
|
|
Petugas TH akan cuba membantu pemohon semasa membuat
urusan bayaran kepada UNITED AGENTS apabila pemohon tiba
di Terminal Haji Antarabangsa Jeddah atau Madinah. |
|
|
Saya faham dan bersetuju dengan syarat-
syarat di atas. |
|
|
|
3. VISA HAJI |
|
3.1 |
Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk mendapatkan visa haji dari (KBDRAS)
di negara tempat tinggal pemohon atau negara yang paling hampir.
Perlu diambil maklum bahawa, visa haji (kuota) yang dipohon adalah
peruntukan dari KBDRAS di negara pemohon berada dan bukan peruntukan
visa haji (kuota) Negara Malaysia. |
|
3.2 |
Pemohon perlu menanggung sendiri sebarang caj bayaran
yang dikenakan oleh Kementerian Haji Arab Saudi, dalam proses
permohonan pengeluaran visa atau apa-apa juga caj bayaran
tambahan yang dikenakan semasa menunaikan fardu haji. |
|
3.3 |
Selewat-lewatnya 15 hari sebelum tarikh
penerbangan pergi atau pada 15 Zulkaedah (tarikh mana
yang lebih awal), pemohon bertanggungjawab memberi
pengesahan memperolehi visa haji kepada Bahagian Operasi Domestik.
Sekiranya pemohon gagal mematuhi pensyaratan ini,
pemohon akan dianggap sebagai telah membatalkan pemergian
hajinya pada tahun tersebut. |
|
|
Saya faham dan bersetuju dengan syarat-
syarat di atas. |
|
|
|
4. PEMERIKSAAN KESIHATAN |
|
4.1 |
Pemohon hendaklah menjalani pemeriksaan am kesihatan
seperti tekanan darah, jenis darah dan urine test
untuk mengetahui tahap kesihatan dan penyakit yang dialami. |
|
4.2 |
Tuan/puan hendaklah mengambil suntikan;- |
|
|
4.2.1 |
Vaksin Meninggococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW 135) di negara Pemohon menetap; |
|
|
4.2.2 |
Seasonal Influenza (WAJIB bagi yang berumur 65 tahun ke atas
dan yang mempunyai comorbid atau masalah sistem imun lemah.
Perlu ambil dos terkini (diambil pada tahun 2024/2025); |
|
|
4.2.3 |
Vaksin COVID-19. (WAJIB bagi yang berumur 65 tahun ke atas
dan yang mempunyai comorbid atau masalah sistem imun lemah.
Perlu ambil dos terkini (diambil pada tahun 2024/2025); |
|
|
4.2.4 |
Pneumococcal (DIGALAKKAN); dan |
|
|
4.2.5 |
Apa-apa jenis suntikan tambahan seperti mana yang disyaratkan
oleh KBDRAS di negara pemohon menetap. |
|
|
Nota: |
Sila bawa salinan sijil /dokumen maklumat suntikan ke Tanah Suci. |
|
4.3 |
Pegawai perubatan yang memeriksa pemohon hendaklah: |
|
|
4.3.1 |
Membuat pengesahan/endorsement butir-butir pemeriksaan/suntikan |
|
|
4.3.2 |
Menurunkan cop rasmi (nama dan jawatan) beliau pada Buku/Kad Kesihatan Antarabangsa |
|
|
4.3.3 |
Melengkapkan Borang Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji Malaysia di Luar Negara (BPKJHLN). |
|
4.4 |
Buku/Kad Kesihatan Antarabangsa dan BPKJHLN yang telah lengkap hendaklah dibawa bersama ke Tanah Suci. |
|
4.5 |
Pemohon juga hendaklah e-melkan salinan BPKJHLN
ke Bahagian Operasi Domestik (haji.visaoperasidomestik@lth.gov.my) untuk dikemaskini dalam sistem. |
|
|
Saya faham dan bersetuju dengan syarat-
syarat di atas. |
|
|
|
5. JADUAL DAN TIKET PENERBANGAN |
|
5.1 |
Pemohon bertanggungjawab mendapatkan tiket penerbangan berstatus
confirmed atas tanggungan sendiri, dengan tarikh tiba/balik dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah (KAAIA) atau Madinah yang mematuhi aturcara perjalanan
pakej yang ditetapkan oleh THTS/PJH. |
|
5.2 |
Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan
kepada THTS/PJH sebarang perubahan jadual penerbangan balik dari
Tanah Suci ke destinasi masing-masing. |
|
5.3 |
Nombor telefon, faks, e-mel dan alamat pejabat
TH di Arab Saudi, Bahagian Operasi
Domestik dan TH Contact Centre (THCC)
semasa operasi haji ialah: |
| |
No. |
TH Jeddah |
Bahagian Operasi Domestik (Ibu Pejabat TH) |
TH Contact Centre (THCC) |
Telefon: |
00966 12 6876715 00966 12 6301638 |
03-20542371 03-20542387 |
03-62071919 |
Faks: |
00966 12 6873661 00966 12 6301667 |
03-21611530 |
03-77284959 |
E-mel: |
radin.hilmi@lth.gov.my |
haji.visaoperasidomestik@lth.gov.my |
|
Alamat: |
Konsul Haji
Wisma Tabung Haji
24 Al-Bab Al-Zahabi Street,
Behind Jamjoon Motors Workshop,
Kilo 5, Old Makkah Road,
P.O. Box 593,
JEDDAH 21421,
KINGDOM OF SAUDI ARABIA
|
Pengurus Besar
Bahagian Operasi Domestik,
Lantai 30,
Menara Tabung Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50400 KUALA LUMPUR
|
|
|
|
|
Saya faham dan bersetuju dengan syarat-
syarat di atas. |
|
|
|
6. PERGERAKAN DI ANTARA LOKASI-LOKASI
UTAMA DI ARAB SAUDI |
|
6.1 |
Sambutan Ketibaan di Lapangan Terbang
Jeddah/Madinah |
|
|
Petugas TH akan membantu bakal Haji di Lapangan Terbang Jeddah
atau Madinah. Bakal haji (BH) adalah dipohon supaya; |
|
|
6.1.1 |
Sentiasa membawa bersama (atau menyimpan) nombor telefon
serta alamat dan menghubungi pejabat TH
di Arab Saudi seperti terdapat di Para 5.3; dan |
|
|
6.1.2 |
Menuju ke bay tempat berkumpul jemaah haji Malaysia
(berpandukan bendera Malaysia) di Terminal Haji atau menerima apa-apa
maklumat terkini daripada pihak Pengelola Jemaah Haji (PJH)/ THTS berkaitan urusan sambutan. |
|
|
Saya faham dan bersetuju dengan syarat-
syarat di atas. |
|
|
|
7. PEMBATALAN PAKEJ HAJI |
|
Sebarang caj pembatalan pakej haji yang dikenakan oleh THTS/PJH
adalah tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian antara bakal haji dengan THTS/PJH. |
|
|
Saya faham dan bersetuju dengan syarat-
syarat di atas. |
|
|
|
8. GELANG PENGENALAN HAJI
DAN LENCANA PENGENALAN HAJI |
|
8.1 |
Gelang Pengenalan Haji (GPH) dan Lencana Pengenalan Haji (LPH) akan diterima
oleh bakal haji setelah tiba di Tanah Suci Makkah. Bakal haji perlu mendapatkannya
di kaunter Khidmat Pelanggan, Ibu Pejabat TH Makkah. |
|
|
Saya faham dan bersetuju dengan syarat-
syarat di atas. |
|
|
|
9. MENINGGAL DUNIA DI TANAH
SUCI |
|
9.1 |
Jika berlaku kematian kepada jemaah semasa di Tanah Suci, pengurusan jenazah akan dilakukan
oleh pihak Muassasah dan akan dipantau oleh petugas THTS/PJH. Jenazah tidak akan dibawa
keluar dari Arab Saudi untuk tujuan pengkebumian di Tanah Air atau di tempat bakal haji
menetap.
|
|
9.2 |
TH akan memaklumkan kepada waris berkaitan kematian tersebut.
|
|
|
Saya faham dan bersetuju dengan syarat-
syarat di atas. |
|
|
|
10. HAK/ TANGGUNGJAWAB/ PENGECUALIAN
TH |
|
10.1 |
TH berhak meminda,
mengubah, menambah atau membatalkan mana-mana peraturan yang
terkandung di dalam risalah ini dari semasa ke semasa jika
perlu, tanpa memberi sebarang notis. |
|
10.2 |
TH tidak akan bertanggungjawab
terhadap apa jua jenis kemalangan atau kejadian termasuk banjir,
kebakaran, peperangan, ribut, gempa bumi, wabak penyakit dan apa jua
jenis kesusahan, kesulitan, ketidakselesaan dan seumpamanya yang dialami
dalam masa bakal haji menunaikan fardhu haji yang melibatkan tubuh badan
atau harta benda dan bakal haji juga adalah terhalang dari mengambil
apa jua jenis dakwaan, tindakan, tuntutan atau pampasan gantirugi
terhadap TH
berikutan dari apa jua perkara yang berbangkit atau yang berpunca
dari kemalangan atau kejadian tersebut. |
|
|
Saya faham dan bersetuju dengan syarat-
syarat di atas. |
|
|
|
|
Nota. Maklumat ini tertakluk
kepada pindaan akhir. |
|
|
|
|
|
Tarikh Pindaan : |
17 Disember 2024 |
|
15 Jamadilakhir 1446H |
|
|
Rujukan Fail : |
JH.BOD.429/215/22 JLD.7 (11) |
|
|
|
Dengan
ini, saya bersetuju dan akan mengikut semua syarat yang telah
ditetapkan oleh Tabung Haji. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|